| Potongan Ayat |
Maksud |
| وَسَارِعُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ |
Dan segeralah kamu kepada (menjaga amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhanmu. |
| وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْاَرْضُۙ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَۙ |
Dan (mendapat) syurga yang lebarnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa. |
| الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّۤاءِ وَالضَّرَّۤاءِ |
Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah. |
| وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ |
Dan orang yang menahan kemarahannya. |
| وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِۗ |
Dan orang yang memaafkan kesilapan orang lain. |
| وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَۚ |
Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang yang berbuat perkara yang baik. |
| وَالَّذِيْنَ اِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً |
Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji. |
| اَوْ ظَلَمُوْٓا اَنْفُسَهُمْ |
Atau menzalimi diri sendiri. |
| ذَكَرُوا اللّٰهَ |
Mereka (segera) ingat kepada Allah. |
| فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْۗ |
Lalu memohon ampun akan dosa mereka. |
| وَمَنْ يَّغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلَّا اللّٰهُ |
Dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah. |
| وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلٰى مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ |
Mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah dilakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan kesalahan dan akibatnya). |
| اُولٰۤىِٕكَ جَزَاۤؤُهُمْ مَّغْفِرَةٌ مِّنْ رَّبِّهِمْ |
Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan daripada tuhan mereka. |
| وَجَنّٰتٌ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَا |
Dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa batang sungai, mereka kekal di dalamnya. |
| وَنِعْمَ اَجْرُ الْعٰمِلِيْنَۗ |
Dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang yang beramal. |