| 1 |
Komponen Ayat Sama Maksud |
|
| |
- Ayat sama maksud ialah ayat yang menyampaikan maksud yang sama tetapi menggunakan susunan ayat yang berbeza
- Ayat sama maksud datang dalam pelbagai jenis ayat seperti ayat perintah, ayat penyata dan ayat tanya
- Terdapat beberapa elemen yang perlu dikenal pasti sebelum menukarkan ayat asal ke ayat yang lain tapi membawa maksud yang sama. Contoh boleh dilihat di bawah
|
|
| |
 |
| |
| Perkara Yang Perlu Dikenal Pasti |
Keterangan |
| Apa |
Apa perkara yang hendak disampaikan oleh pentutur kepada pendengar |
| Siapa |
Siapa yang terlibat dalam situasi ini. |
| Bila |
Adakah berkara ini akan berlaku atau telah berlaku |
|
| |
| Contoh Ayat Sama Maksud |
| |
- Di bawah adalah contoh ayat yang telah ditukar tetapi membawa maksud yang sama seperti ayat yang asal.
|
Ayat asal: Pengetua sekolah mewajibkan para pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum pada perhimpunan pagi ini.
| Ayat sama maksud |
Elemen yang dikenal pasti |
| Pada perhimpunan pagi ini pelajar diberitahu oleh pengetua bahawa mereka wajib untuk menyertai aktiviti kokurikulum . |
Siapa: Pengetua dan pelajar sekolah
Apa : Pengetua memberitahu pelajar bahawa mereka diwajibkan untuk menyertai aktiviti kokurikulum
Bila: Pada perhimpunan pagi ini
|
Ayat asal: "Berlajarlah bersungguh-sungguh supaya nanti awak boleh mencapai kejayaan." nasihat abang kepada adik.
| Ayat sama maksud |
Elemen yang dikenal pasti |
| Adik dinasihati oleh abang untuk berlajar bersungguh-sungguh supaya boleh mencapai kejayaan |
Siapa: Abang dan adik
Apa: Abang menasihati adik untuk berlajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
|
Ayat asal: Ayah menyuruh adik untuk pergi membuat pemeriksaan kesihatan di hospital pada minggu hadapan.
| Ayat sama maksud |
Elemen yang dikenal pasti |
| Adik disuruh oleh ayat untuk pergi ke hospital pada minggu hadapan untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan |
Siapa: Ayah dan adik
Apa: Ayah menyuruh adik untuk pergi ke hospital untuk mendapatkat rawatan kesihatan
Bila : Pada minggu hadapan
|
Ayat asal: Pihak polis telah menangkap seorang perempok ketika dia cuba untuk memecah masuk ke dalam rumah mangsa.
| Ayat sama maksud |
Elemen yang dikenal pasti |
| Ketika hendak memecah masuk ke rumah mangsa perombak tersebut telah ditahan oleh pihak polik |
Siapa: Polis dan perompak
Apa: Perompak ditahan ketika cuba memecah masuk ke rumah mangsa
|