|
|
| |
- Peribahasa merupakan susunan kata yang mempunya maksud yang tersirat.
- Peribahasa selalunya digunakan untuk menyampaikan teguran, nasihat, ingatan atau sindiran dalam bentuk kiasan yang digunakan sejak zaman dahulu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
- Peribahasa merupakan kata-kata kiasan yang dicipta berdasarkan kehidupan seharian masyarakat.
|
|
| |
| Komponen Peribahasa |
| |
- Peribahasa boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu

|
| |
| Simpulan Bahasa |
| |
|
Simpulan Bahasa
- Simpulan bahasa bermakna rangkaian kata yang biasanya terdiri daripada dua atau tuga perkataan dan mempunyai maksud yang berlainan daripada makna asal perkataan tersebut.
- Simpulan bahasa merupakan salah satu cabang peribahasa dan ianya adalah bentuk peribahasa yang paling mudah.
|
| |
|
Berikut adalah contoh simpulan bahasa dan contoh ayat yang menggunakannya.
|
| |
Berat hati
| Maksud |
Contoh Ayat |
| Tidak sampai hati |
Mak Munah berat hati untuk melepaskan anaknya yang hendak menyambung belajar di negara lain. |
Buta huruf
| Maksud |
Contoh Ayat |
| Tidak tahu membaca dan menulis |
Walaupun Chong buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran |
Lupa diri
| Maksud |
Contoh Ayat |
| Tidak ingat akan asal usul |
Semenjak bergelar jutawan Aiman telah lupa diri dan mengabaikan keluar dia di kampung. |
Khabar angin
| Maksud |
Contoh Ayat |
| Berita yang tidak sah |
Terdapat khabar angin yang mengatakan penghulu kampung itu terbabit dalam kes jenayah. |
| |
| |
| Bidalan |
- Bidalan merupakan susunan kata-kata yang sering digunakan untuk memberi nasihat dan pengajaran.
- Bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
- Berikut adalah maksud dan contoh ayat bidalan.
|
| |
Membuang garam ke laut
| Maksud |
Contoh ayat |
| Melakukan pekerjaan yang sia-sia |
Pak Abu masih membersihkan tanah yang gersang itu dengan harapan tanah itu akan menjadi subur. Tindakan pak Abu boleh dikatakan bagai mencurah garam ke laut |
Melepaskan batuk di tangga
| Maksud |
Contoh ayat |
| Membuat kerja yang tidak habis |
Aiman suka membuat tugasan yang diberi oleh gurunya separuh jalan, ianya boleh di ibarat kan seperti mepelaskan batuk di tangga |
Masuk ke telinga kanan keluar di telinga kiri
| Maksud |
Contoh ayat |
| Tidak menerima nasihat yang diberikan |
"Seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri adik ini" kerana setiap nasihat yang ibu berikan tidak diendahkan |
Musang berbulu ayam
| Maksud |
Contoh ayat |
| Orang jahat berpura-pura baik |
"Kamu perlu berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali berkemungkinan mereka adalah musang berbulu ayam" nasihat ibu kepada kami |
| |
| Perumpamaan |
- Perumpamaan ialah susunan kata-kata ringkas yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat.
- Perumpamaan selalunya didahului oleh kata sendi nama contohnya seperti, bagai dan umpama.
|
| |
| Perumpamaan |
Makna perumpamaan |
| Seperti katak di bawah tempurung |
Orang yang mempunyai pengetahuan yang terhad |
| Bagai bertepuk sebelah tangan |
Cinta yang tidak berbalas |
| Bagai tikus membaiki labu |
Membaiki barang yang rosak tapi tidak mempunyai ilmu dan menyebabkan barang menjadi lebih rosak |
| Bagai melepaskan batuk di tangga |
Membuat kerja sambil lewa atau buat kerja tidak habis |
| Bagai enau dalam berlukar melepaskan pucuk masing-masing |
Sikap suka mementingkan diri sendiri dan tiada persefahaman dalam melakukan sesuatu kerja |
| |
| Peribahasa |
- Peribahasa ialah susunun kata yang mempunyai makna yang tertentu dan ianya selalu digunakan untuk menyampaikan nasihat, tuguran atau sindiran.
- Berikut adalah contoh peribahasa dan maksudnya.
|
| |
| Peribahasa |
Makna peribahasa |
| Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang |
Pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk hidup sahaja |
| Pucuk dicita ulam mendatang |
Mendapat sesuatu yang lebih daripada apa yang diharapkan |
| Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung |
Mengikuti adat atau budaya di tempat yang kita berada atau tinggal |
| Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian |
Biarlah bersusah dahulu asalkan senang kemudian |
|